*** Ambil dari Forum Cari **
Bina & Kekalkan Momentum Penurunan Berat
Momentum ialah satu keadaan yang sangat berkuasa di dunia ini. Momentum ialah kuasa yg didapati daripada sesuatu yg bergerak. Untuk menyalakan unggun api yang besar, kita perlu menyalakan mancis yg kecil. Kemudian kita nyalakan bahan bakar macam daun kering, kita letak kayu kecil, dan akhirnya kita letak kayu besar untuk besarkan api. Menurunkan berat badan juga macam nyalakan unggun api. Jika seseorang itu bersemangat, disiplin, memang aktif, penurunan berat badannya akan cepat. Tapi jika seseorang itu sebaliknya, keadaan dia umpama ingin menghidupkan api dgn mancis lama, kayu lembap, bila api menyala ada angin tiup dan sebagainya. Keadaan begitu akan membuatkan unggun api susah nak menyala. Sama juga dengan keadaan mereka yg sudah gemuk berpuluh tahun tak akan berubah kurus dalam sebulan dua. Di sinilah penting untuk kita membina momentum dan mengekalkannya untuk membantu kita berjaya menurunkan berat badan.
Fahami 'kenapa' anda. Kita selalu terlalu fokus dgn bagaimana - nak makan macamana, nak senam macamana, kena pantang tak.. Tapi jika tau apa yg buat kita nak turunkan berat badan, ia akan jadi punca motivasi yg kuat. Anda nak jadi role model untuk anak-anak anda? Anda tak larat jadi gemuk sebab susah nak beli baju? Tak tahan disindir kawan? Ingin jadi cantik untuk suami? Tulis apakah 'kenapa' anda dan tampal pada dinding dan lihat hari-hari untuk sumber motivasi.
Jangan terlalu tergesa-gesa. Jadi realistik dgn gol anda. Kesilapan orang selalu set gol terlalu tinggi macam nak turun 10kg dalam sebulan, tapi bila hanya turun 1-2kg, terus give up, walhal itu penurunan yang bagus. Ia memerlukan sekurang-kurangnya 3 bulan untuk ubah ke gaya hidup baru dan 6 bulan untuk ia kekal menjadi tabiat. Bila sudah ada tabiat sihat, kehidupan juga akan berubah.
Jangan kecewa jika gagal, belajar dari kegagalan. Jika anda dah mula rutin sihat tapi masih tak dapat keputusan yg diingini, ini tak bermakna kita tak boleh mencuba lagi. Bayi kalau nak bermula berjalan akan jatuh banyak kali dahulu, ini kan kita orang dewasa yg ingin mengubah tabiat hidup dari tabiat lama ke baru.
Pecahkan menjadi langkah yg kecil. Mula-mula nak diet rasa macam banyak sangat nak dibuat, jaga makanlah, jaga minumlah, kena senamlah, nak jaga tidurlah.. Tak perlu untuk buat SEMUA tu, cuba buat sedikit demi sedikit. Dah biasakan satu dua rutin sihat untuk seminggu, tambah lagi rutin lain untuk minggu seterusnya.
Jangan lakukan berseorangan. Berjemaah lagi afdal dari buat sorang-sorang. Kajian sains juga mendapati sistem sokongan adalah penting dalam kejayaan menurunkan berat badan. Coaching, diet group, kelab sihat, bengkel kesihatan, kelas senaman dan banyak lagi memang dapat membantu kita menurunkan berat badan DAN kekal berat ideal.
Belajar tentang pemakanan sihat. Beli majalah kesihatan, buku mengenai nutrisi dan cari maklumat di internet. Belajar tentang label makanan, sesetengah produk yg dicop 'tiada trans fat', 'rendah gula', 'rendah kalori' dll tak semestinya lebih sihat dari produk biasa. Ilmu pengetahuan amat membantu untuk kita membuat pilihan bijak.
Buang rasa bersalah. Tiba-tiba ada kawan bawa kek ke opis. Ada pulak saudara datang berkunjung. Hati tu dah kecewa alamak fail la diet aku. JANGAN rasa begitu,itu cara yang salah tu. Enjoy je kek tu, layan je saudara tu. Kemudian sambung semula rutin sihat seperti biasa atau boleh buat ekstra senaman untuk menaikkan kembali semangat.
Semak perkembangan diri. Bila anda sudah mula mendapat keputusan penurunan yang banyak, badan anda akan mula 'adjust'. Ini kerana tubuh kita ialah mesin yg hebat, ia dapat menyesuaikan diri dengan rutin kita. Ketika ini penurunan berat akan maintain dan ini dinamakan 'plateau'. Bila ini terjadi jangan kecewa. Tanya diri sendiri "Apa yg boleh aku ubah? Apa yg aku boleh tingkatkat?" Bila kita tingkatkan usaha dan cabaran, penurunan berat akan bermula semula.
Bertanggungjawab atas keputusan sendiri. Kebanyakan orang gagal untuk menurunkan berat badan kerana pandang rendah atas niat/azam/keputusan diri sendiri. Bila tak capai target penurunan, buat alasan kepada diri sendiri "ala aku tak bagus, nak buat macamana.." Kemudian kembali kepada rutin diri yg lama. Bila minggu seterusnya berat makin naik, terus give up. Bila tak dapat capai target, tanya diri sendiri apa yg patut dilakukan? Kemudian tetapkan apakah 'denda' yg anda lakukan jika target tak dicapai. Antara cara yg memastikan komitmen kita ialah dengan memberitahu kawan berapa berat nak turun atau membayar denda kepada suami jika target berat tak tercapai.
Ubah tanggapan anda terhadap makanan. Orang selalu beranggapan makan untuk kenyang. Sebenarnya kita makan untuk memberi tenaga dan membantu tubuh bekerja dengan sempurna. Elakkan juga makan untuk hilangkan stress atau mengelakkan kebosanan. Jangan makan ikut mata, nampak apa yang sedap terus 'belasah'. Inilah pentingnya ilmu pengetahuan kerana kita akan tahu pilihan apa yg lebih baik untuk kesihatan dan kesejahteraan tubuh kita.

No comments:
Post a Comment