
Aku kalau nak buat nasi ayam pasti ikut resepi ni, sebabnya resepi ni je aku tau. Maklumlah mak aku dulu sibuk, jadi kalau masak, masak yang senang senang aje Jadi aku belajar buat sendiri ajelah. Aku cuba gak resepi lain tapi rasa macam tak best aje bila ayamnya keras.
NASI AYAM BERMADU
Bahan-bahan
1/2 ekor ayam
1 bungkus sup bunjut ADABI
3 sudu besar madu
2 sudu besar sos tiram
Garam dan lada sulah secukup rasa
Tumbuk
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
Cara-cara
NASI AYAM BERMADU
Bahan-bahan
1/2 ekor ayam
1 bungkus sup bunjut ADABI
3 sudu besar madu
2 sudu besar sos tiram
Garam dan lada sulah secukup rasa
Tumbuk
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
Cara-cara
· Tumis bawang merah, putih dan halia yang dikisar hingga wangi. Masukkan air dan sup bunjut. Biar 3 minit.
· Masukkan ayam dan masak hingga empuk lebih kurang 10-15 minit. Tambah garam dan lada sulah.Ketepikan dan biar sejuk sebentar.
· Keluarkan ayam dan ambil kuah sup. Masukkan ke dalam periuk nasi bersama beras yang telah dicuci dan sedikit garam. Jumlah kuah mesti sama dengan banyak air kalau masak nasi biasa.
· Semasa nasi tengah masak, lumurkan ayam dengan sedikit hirisan bawang putih, sos tiram dan madu. Goreng (jangan terlalu lama sebab ayam dah masak).

No comments:
Post a Comment