Target

Saturday, November 12, 2011

Makan2 di Restoran Segi Seri steamboat

Dah lama nak cuba steamboat kat sini.. Nampak macam gah so malam tadi hubby tetiba ajak gi sana sebab dia kata lum makan pape hari ni so leh la makan byk sikit.. Alang2 makan buffet, mestila melantak giler kan! Harga sekepala Rm 27.9 pada aku  sedikit mahal, dan tak termasuk minuman... Minuman pula harganya RM3.50 (air suam-RM0.30) .. Huh tak masuk akal... Ingatkan air mahal mestila sedap tapi dapat milo ais cair.. Baik minum kat mamak lagi berbaloi... Lagi satu air dihidang dalam gelas plastik.. Aku cukup tak berkenan kalu restoran hidangkan dalam gelas plastik, Dari restoran nampak mewah terus hilang mewahnya... komplen jgn tak komplen.... 
Mmg tak dinafikan banyak choice untuk steamboat tapi cam biasala aku ni amik yg aku leh makan jer... udang 4-5 ketul jer, sotong, kupang, pepahat (pepahat sgt besar so rasa dia kureng sikit)... lain2 aku amik ball2 n sayur sikit... Pilihan mee dia tak byk (walaupun aku tak amik mee).. Yg lainnya hubby amik sate (bakar sendiri) n daging n ayam untuk di grill ...Makanan lain yg ada nasi goreng (yg aku nampak tersangat berminyak - so aku tak rasa .. cuma komen pada mata kasar) dan kepak ayam.. Kepak tu tak sure masak apa tapi aku sekali gigit terus letak.. Nampak menarik tapi terlalu manis.. mungkin dituang madu kat atasnya.. Hubby aku kata ok... Yerla taste orang berbeza
Aiskrim pula, ada 4 jenis , coklat rice, jagung, vanila dan yam.. Tak der hidangan sampingan macam kacang atau topping kat atas.. terasa tidak complete... Dan akhirnya Buah.. kami pergi pada jam 9 dan malangnya yg ada cuma tembikai beberapa pcs yg tidak direfill, tambahan pula tembikainya byk yg putih dari yg merah...
Nampak macam melampau lak review aku tapi ni pada pandangan aku.. Lidah merasa tidak sama kan .. Yang aku rasa sedap Tom Yam nya.. Berbanding kat sek 13, Tomyam kat sini lebih rasa... Tapi dari segi hidangan sampingan aku pilih sek 13... Yg penting air free, Aku biasanya makan steamboat mmg minum banyak air... SOS pencicah kat sek 13 lagi banyak, choice air pun byk , boley mintak air panas lagi + ada ABC + Aiskrim yg flavour lagi best... Dari segi steamboat, Kat Sek 13 ada ikan, ayam, daging dan semua jenis makanan laut cuma yang kurang berbanding Segi Seri ni jenis2 bebola ni tak semeriah Segi Seri ni.. Mmg banyak sangat bebola2 yg kalau tak cuba rugi.. hehehe.. Dan lebihnya kat Segi Seri ni boleh grill dan menggoreng (yg ni aku tak perasan sebenarnya tapi base aku baca kat internet)
Ni la restorannya..Mmg besar

Cuma 1 pinggan ni jer aku ngan hubby makan, tak tambah langsung.. Selebihnya 1 pinggan daging grill + sate.. Sgt sikit.. rugi jer makan buffet...


No comments: