Target

Tuesday, January 01, 2008

2007 ku tinggalkan

Imbasan kembali apa yang terjadi pada tahun 2007.

Januari 2007
1. Pertama Kali ke Sabah... Bercuti bersama hubby @ 17/1
Di Kaki Kinabalu

2. 22 Jan - Aku menjalani Operation dan MC sehingga 31/1

Febuary 2007
1. Beli Nokia N73 & N70 @ 1/2
2. Beli Laptop Compaq Presario V3000

Mac 2007

1. Membuat pembentangan terakhir untuk Projek Sarjana Muda @ 19/03

April 2007
1. Aku sudah tidak bergelar pelajar ... Aku telah menamatkan pengajian aku selama lima tahun

Mei 2007.
1. Mak aku jatuh Sakit pada 1 Mei dan di masukkan ke Hospital lebih seminggu.

2. Kereta aku break down di Karak highway pada usianya baru mencecah 7bulan dan kebetulan dalam perjalanan balik nak tengok mak aku sakit.. tension betul, siap kena tarik balik ke Naza service kereta terdekat di Selayang..
Kereta tengah ditunda

June 2007
1. Amik kunci rumah baru... Dapatla aku merasa duduk rumah ada tanah... Aku buat sikit renovate kat belakang untuk letak mesin basuh, sinki ngan tempat masak sikit... tempatnya aku buat open.. memang dah fikir macamtu b4 dapat rumah lagi... Pagar aku pun buat baru dan dalam rumh aku buat plaster syiling sikit... adalah dalam sebulan, baru siap. maklum ajela.. abang yang buat rumah aku tu suka buat dua kerja dalam satu masa.. kejap lari umah jiran aku la.. jadi aku asyik kena monitor je.. Abang ni pun buat kerja ala kadar je aku rasa... sebab banyak benda aku tak puas hati.. mula tu komplen gak tapi dia buat balik camtu gak... kat depan sampai skrg bocor... Lama2 malas aku komplen lagi..

Bahagian belakang yang ditambah


Pagar depan

2. Mak aku duduk ngan aku.. lama la jugak lebih sebulan.. Tak sampai hati lak nak biar je dia kat Kg... yang ader cuma makcik aku.. Dahla makcik aku pun tak sihat sangat jaga lak mak aku yang baru kuar hospital ...

3. Aku naik pangkat.

July 2007

1. Akhir July aku pindah rumah... tupun sebab rumah lama penyewa nya tak sabar2 nak masuk.. ikutkan bulan Julai lagi dia nak masuk.. tapi kitaorang ni mmg betul2 serah kunci 2hari b4 masuk bulan 8.. Padahal aku dah tak balik situ dalam seminggu lebih. bukan apa aku nak gak la touch up umah tu sebelum tinggalkan.

Ogos 2007

1. Adik Bongsu aku dapat kerja dekat TNB Grik, jadi akulah tukang hantar dia ke sana sehari sebelum aku balik Johor untuk menghadiri majlis Konvokesyen.

2. Akhirnya aku menggenggam segulung ijazah. Mak aku tak hadir disebabkan kesihatannya masih tak mengizinkan

Gambar studio aku bersama Hubby

3. Dalam gembira ada duka, N70 pakcik hilang atas sebab kecuaian.

Sept 2007

1. 5th Anniversary

2. Beli Nokia 6610 Classic menggantikan N70 dan menjadi milik aku...

Oktober 2007

1. Hobi baru ... Aku mula membela ikan. Aku bela ikan kecik2 je.. ikan Gapi .. mula2 beli akurium plastik pastu beli akurium kaca 2 biji... Tapi malangnya ikan aku banyak yang mati ... sekarang masih ader cuma tak banyak terutamanya ikan gapi.. aku dah masukkan dalam bekas tembikar je.. bagi dia beranak pinak kat luar rumah... Akurium yang kosong tu aku ganti ngan ikan puyu adala dalam 6 ekor.. aku ada gak bela 2 ekor kura2 kecik....


Nov 2007

1. Anak2 buah datang rumah.... maklumla cuti sekolah... adalah 2 minggu lebih dorang melepak rumah aku... Akunya ipar datang rumah pada minggu yang sama cuma lepak 3 hari sahaja.... Dapatla anak2 buah aku naik eyes on malaysia.. Walaupun ni kali kedua aku naik tapi sedikit berbeza sebab malam.. yang nampak cuma lampu2 dan kebetulan ader pertunjukkan laser kat tengah tasik jadi nampak macam meriah la... Kali pertama aku pegi ngan kawan2 disiang hari.. Nampakla KL dari udara.

Disember 2007

1. Mak aku datang melawat bawak cousin aku 2 orang @ 3/12.. Mak aku kata nak gi Zoo Negara.. aku layan je la kan.

2. Mak mertua aku datang @ 28/12

2 comments:

Norziha said...

ape pulak azam tahun 2008.....dah ade degre...bile lagi dah ade PHD pulak.......

deza said...

Azam tahun baru belum letak... Rasanya Kuruskan badan yang jadi first list every year...