Target

Saturday, January 12, 2008

Koleksi Beg milikku

Oleh kerana pepagi Pakcik aku tanyakan pasal beg Laptop dan aku betul-betul lupa letak kat mana. Maklumla Laptop tu dah jadi macam desktop je.. memang dah jarang bawak gi mana-mana sejak beli laptop baru.... ibarat habis madu sepah dibuang... kejam lak perumpamaan aku ni.. Dan b4 gi kerja tadi terpaksala aku buka kotak-kotak Toyogo aku yang banyak2 dan cari kat mana letaknya.. dah kena bukak satu2-- bukan sikit kotak2 tu lebih dari 10biji semuanya.. B4 ni Pakcik aku dah bising pasal tak label.... dan hari ni aku labelkan semua kotak2 tu untuk kesenangan aku nanti.. Takde la nak cari satu beg kena bukak sampai 10kotak... Dan apabila menyelongkar jumpala sebahagian koleksi beg milikku... Rasanya adalagi beg2 yang aku simpan dalam stor kat bawah tapi malas nak selongkar kalu sekadar nak ambik gambar..... Semua beg yang aku letak kat sini semua yang ada dalam kotak2 dalam bilik aku...

Bila tengok balik.. banyak gak koleksi beg aku ni... Ada yang beli dan ada yang dapat percuma dan hadiah... Patutla bila aku nak beli beg je Pakcik aku bising.. beg kat umah tak dipakai nak pulak beli yang baru.. Ada jugak beg2 yang aku simpan ni dah rosak tapi aku sayang nak buang.. dan yang mana masih elok tapi kotor aku simpan je.... aku pernah cuci tapi tak tanggal kotorannya dan sekarang aku malas nak mencuci lagi... Beg aku paling sayang warna putih dan sekarang aku tak leh nak pakai sebab kotor dan nampak sangat.. dan sekarang kalu nak beli aku dah tak beli warna putih sebab takut kotor walaupun aku berkenan sangat dan aku terpaksa tukar ambik kaler coklat atau hitam..

Dah jadi macam satu tabiat, aku ni kalau pakai satu beg tu aku akan pakai sampai berminggu dan tak bertukar walaupun aku pakai baju yang tak maching ngan beg aku.. begitula seterusnya.. bila aku pakai handbag aku akan usung beg tu pergi mana2... dan masa aku pakai beg galas pun macam tu.. walaupun berbaju kurung aku pakai gak beg galas dan galas bersilang... kekadang pergi shopping kat Giant ke, Mydin ke dah beg aku kena tinggal kat luar.... Sampaikan aku pernah tak jadi masuk sebab beg aku tak dibenarkan bawak masuk... yela semua barang2 penting aku kat dalam tu.. Takkan aku nak bawak wallet je... Dan sekarang aku selalu bawak beg kecik galas belakang.. senang nak sembahyang kat mana2 shopping mall atau masjid aku galas je.. tak yah letak kat depan lagi...
Gambar-gambar beg ni diambik mengguna camera handphone jadi kurang cantik sikit.. Maklumla 2M pixel je.

Ni antara handbeg aku.. Yang putih tu menjadi kesayangan aku dan satu-satunya antara beg kat dalam gambar tu aku tak beli kat Sogo.. Yang lain tu aku beli kat Sogo, kiranya aku ni pantang pijak kaki kat Sogo ada jela beg yang aku berkenan.... Beg yang aku beli ni biasanya kurang dari RM50.... Aku memang sedar yang aku ni cepat sangat bosan ngan satu2 beg jadi kalu beli mahal2 membazir lak aku rasa.... Lagipun aku tak kisah walaupun murah asalkan aku berkenan. Beg yang berwarna hitam tu aku selalu usung gi mana2. Yang warna coklat kat depan tu beg hantaran kahwin dan yang 2 kat belakang tu begnya agak keras dan antara beg pertama yang aku miliki.. Lepas tu baru aku bertukar beli beg berkulit lembut

Ni sebahagian lagi koleksi handbeg.. Beg warna kuning tu 2-2 aku dapat percuma masa beli perfume, 1 dari avon ( yang ni sama ngan kak Ziha) dan satu lagi dari nutrimetic (perfume Ziana Zain). Yang warna biru tu aku beli kat avon gak sebab aku suka ngan kaler dia tapi dah lama tak pakai, yang paling depan tu warna dark brown aku baru beli kat Parkson, guna Voucher.. kira free gak la.. Yang satu lagi tu warna coklat dan aku memang suka ngan beg ni sebab boleh disandang kat belakang dan jugaboleh digalas kat bahu cam biasa galas handbeg.. kira dua version la.. aku beli kat Sogo.. ntah tahun bila dan aku masih pakai sehingga kini walaupun dah lusuh.


Ni antara beg galas yang aku pakai galas bersilang kecuali yang warna coklat tu je kena galas cam biasa... Aku rasa antara beg2 ni satu je yang aku beli... 2 darinya beg dapat masa Family day dan yang merah tu dapat dari ambank masa renew insurans.

Ni beg galas berkain lembut... Yang merah tu je aku beli.. masa tu aku study Dip. kat UTM.. Rm10 je rasanya.. masih elok hingga kini.. yang lain tu semua dapat free.


Ni beg kertas yang ada dalam simpanan aku.. Rasanya aku tak pernah beli beg kertas.. 3 darinya dapat masa majlis kawen yang 4 lagi tu dapat masa konvo UTM... Biasanya beg kertas aku tak kumpul tapi tak taula camne leh tersesat dalam kotak2 simpanan aku.

Beg mengkuang tu aku beli masa bulan puasa, ngan kak Eda.. Cam pakej masa tu siap ader acar buah lagi kat dalam tu.. Asalnya ada riben cantik la... tapi sekarang dah bogel... ribennya tercabut. Beg ala-ala mengkuang yang kaler hijau tu aku beli kat Melaka... masa tu pergi bercuti ngan Family Pakcik kat A-famosa.. Yang warna Coklat tu aku beli masa gi sabah tajun lepas.. aku suka pakai tapi cam dah rosak sikit sebab dulu aku asyik usung beg tu je berbulan2... Dan yang warna biru tu bentuk dia cam skrit.. sebenarnya sesuai untuk budak2 tapi aku sayang lak nak bagi anak buah... Beg ni aku dapat free aku tapi tak ingat beli apa...


Ni pulak antara koleksi beg balik Kampung kecuali yang biru tu je.. Semua beg ni adalah free.. Yang Merah besar tu masa aku beli kheta Citra, yang merah kecik tu masa aku beli camera Benq, yang hijau ngan jingga dapat hadiah dari Caltex.. dan yang biru dapat masa Family day.. Ada lagi 3 beg balik Kg beroda tapi kat atas almari.. besar sangat malas nak turunkan..


Ni pulak antara beg sekolah aku sepanjang 5tahun di UTM... Ni pun dah kira banyak dan masih ada lagi yang tak termasuk dalam gambar ni... Biasanya satu semester aku akan beli satu beg sekolah.. senang nak letak buku banyak2.






Itu aje la koleksi beg aku yang dapat dipaparkan kat sini.... Walaupun nampak banyak tapi separuh darinya sahaja yang aku beli... Kalu aku rajin nanti aku letak koleksi buku masakan yang aku kumpul sejak 2 tahun lepas...

2 comments:

Zetty said...

amboi ko ... kalah aku kalau cenggini punya banyak beg ko yg ada... byk yg free pulak tuh .. jeles .. jeles ...

p/s: ingat malas nak menaip utk komen tapi hati aku meronta2 nak komen gak ... hahahhaha ...

Norziha said...

banyak nye beggg

ade satu aje yg same tp dah putus tali nye..emmmmm