Target

Saturday, January 26, 2008

Cuci mata

Nampaknya angin malas telah melanda... namun aku gagahi jugak untuk update blog aku buat kesian kalinya. Minggu lepas aku ke Sunway Piramid hantar adik aku ke pertandingan antara KFC dan dia mewakili KFC Kuantan.

Ni la suasana dari tempat parking kereta (depan KFC) ke Sunway piramid.. Memang meriah ngan hiasan pelbagai bagi menyambut tahun baru cina
Aku sampai dalam kul 09:30am dimana suasanan dalam Piramid ni sungguh sunyi, malap tanpa cahaya... Kat mana2 dihias dengan payung2 yang cantik dan nampak sangat menarik yang tergantung pada syiling.. Manakala gubahan bunga juga sama kaler ngan payung warna pink dan bila tengok memang nampak damai sangat..

Ni pulak Spring fair.. gelap gelita tanpa cahaya...



Ni la KFC tempat adik aku menyertai pertandingan

Walaupun masa aku sampai ni baru pukul 09:30am dah ramai orang membanjiri gelanggang luncur ais ... kebanyakan darinya chinese dan ada jugak 2-3 orang melayu. Majotity darinya adalah remaja dan kanak2.




Spring fair ni diletakkan di ruang legar utama pada bangunan asal... Memang cantik sangat.. memandangkan masa ni aku sorang2 je.. jadi aku ambik gambar pemandangan je.. lagipun guna kamera phone.. tak berani lak nak mintak orang tolong amikkan gambar... lagipun nanti nampak aku sorang je... pemandangannya takde... :)


Laluan antara bangunan asal dengan bangunan tambahan agak jauh.. lenguh kaki aku meronda.. dahla tak tau nak beli apa.. lagipun aku kerja petang malas nak balik rumah jadi aku menghabiskan la masa dengan menengok2 suasana kat dalam ni.. Dah tu banyak kedai masih ditutup...

Tempat ni semua barang yang dijual adalah untuk sambutan tahun baru cina
Pemandangan yang dapat dilihat antara laluan dari bangunan asal ke bangunan tambahan


Ni pulak kerusi yang diletak disekitar laluan untuk merehatkan kaki.. dan aku minat ngan kerusi bulat ni.. cantik


Spring Flower fair diletak diruang legar bangunan tambahan berhampiran Jusco.. Yang menariknya semua yang dijadikan pameran adalah bunga dan pokok hidup beserta buah2.

Aku tak tahu ni pokok apa tapi bila aku pengang buahnya Ori.. bukan plastik begitu jugak dengan pokoknya dan pokok limau tu pun asli.




Dihujung bangunan baru ni yang aku jumpa pintu masuk ke Sunway Lagoon

Dah penat jalan2 jadi singgah kejap di gerai ni .. dah jadi cam favourite lak.. pantang jumpa mesti nak beli... Aku beli 2 ketul RM 8.00 dan aku lepak kejap kat kerusi habiskan satu keping.. Sedap giler tengah panas....

No comments: