Macam budak2 sekolah lak rasanya.. tapi nak buat macamana dah mak aku nak sangat pergi kan jadi terpaksala aku bawak dia. Ni Kali kedua aku pegi, 1st time pegi masa 2nd year kat Utm dalam tahun 1998. Adalah perubahan yang dapat dilihat selepas hampir 10tahun. Firstnya disediakan perkhidmatan pengangkutan untuk melawat kawasan2 Zoo.Oleh kerana aku pergi waktu cuti sekolah jadi kesemuanya penuh... akhirnya aku terpaksa menapak je la .
Aku agak terkilan kerana kawasan Zoonya agak kotor terutamanya Tasik yang dipenuhi dengan beberapa spesis burung... begitu juga di kawasan habitat kera dan Monyet. Baunya agak meloyakan. Banyak sangkar binatang yang tidak berpenghuni dan dibiarkan kosong.Oleh kerana menapak agak jauh sudah tentulah rasa sedikit haus dan malangnya kedai2 kecil yang terdapat didalam Zoo menjual air dengan harga yang agak melampau... Air Tin yang dijual paling murah adalah RM2.50 begitu juga dengan air mineral kecil juga dijual dengan harga RM2.50.. Dengan Harga tiket RM15.00 seorang aku rasa tidak berbaloi untuk melawat Zoo untuk masa akan datang
Mak aku bersama replika Gajah

Bersama Gajah. 10 tahun lepas gajahnya berada si tempat yang sama




















2 comments:
kate org ambik gambar binatang nanti mati....
abis lah binatang kat zoo negara mati semua ..ahah
Abis la saya nanti... Maunya orang Zoo cari saya.. Dah la banyak ikan saya yang mati lepas amik gambar
Post a Comment