Target

Friday, January 18, 2008

Koleksi buku

Aku ni suka sangat beli majalah dan buku yang wajib aku beli sejak 2005 adalah majalah Saji dan Rasa.. Memang tak pernah miss setiap bulan... Macam-macam jenis masakan ada dalam majalah ni tapi dua-tiga resepi je aku pernah cuba dan kebanyakan darinya biskut raya... yang lain tu sekadar menjamu mata. Dulu sebelum aku kumpul majalah masak aku suka benar beli majalah hiburan kiranya yang wajib aku beli urtv dan media hiburan... tapi sejak kawin aku dah kurang beli pasal kena tegur ngan pakcik... aku ni suka sangat hiburan.... dan masa nak pindah rumah hari tu semua majalah hiburan aku dah lego.... Walaupun majalah tu aku beli dah lebih setahun tapi kebanyakannya masih nampak baru.. sebabnya aku suka baca sekali je dan simpan dalam bilik dan tak de orang leh baca.... kedekut tak aku.. Oleh kerena aku menggunakan kamera phone (2M) jadi gambarnya agak blur...

Ni rak yang aku letak majalah2 aku.. kira personal nya barang2 la kat sini.. dulu aku letak kat ruang atas, tapi sebab satu almari tu dah patah aku terpaksa kemas balik dan alang2 tu aku masukkan dalam bilik... biasala.. tak suka orang tarik2 tapi letak lebih kurang je.. Sakitkan mata dan sakitkan hati... Kat bahagian paling atas aku letak novel2 aku yang majoritinya dari penulis Norhayati Berahim ... dah lama dah aku tak beli.. kiranya baca novel pun ikut mood aku gak.. kalu waktu tu aku rasa suka ngan novel sekali beli sampai dua tiga biji.. pastu bila dah rasa bosan aku biarkan je... Ada antara novel ni aku tak baca sampai hari ni... Kat atas ni jugak aku ada letak buku2 agama. Kat bahagian kedua dari atas tu sebelah kanan aku susun Majalah Rasa dan sebelah kiri aku letak majalah Saji. Walaupun aku dah kumpul 3 tahun tapi masih nampak tak banyak bila susun macamni. Yang dua dari bawah aku letak album gambar, majalah pengantin tahun 2002 yang aku langgan sebelum kawin tapi yang lawaknya baru setengah tahun langganan aku dah pun kawin... Majalah ni pun nampak masih baru. Sebahagian lagi aku tempatkan Majalah anjung seri, impiana, dapur dan laman... koleksi buku ni tak banyak sebab kalu aku tengok isinya menarik baru aku beli.. Ruang sebelahnya aku letak buku masakan yang nipis2.. banyak gak aku kumpul.. semua jenis masakan aku beli kecuali masakan india... Yang paling bawah aku letak dvd Alias aku, majalah mingguan wanita yang entah tahun bila dan lain2 majalah yang aku nak buang sayang.. jadi aku simpan jela...

1. Koleksi Saji 2oo5

2. Koleksi Saji 2006


3. Koleksi Saji 2007


4. Koleksi Saji sebelum tahun 2005


5. Koleksi Rasa 2005 ( Baru mula mengumpul jadi tak semua ada)


6. Koleksi Rasa 2006


7. Koleksi Rasa 2007


8. Koleksi Rasa sebelum tahun 2005

9. Koleksi Pelbagai jenis masakan



10. Koleksi Majalah penggantin


11. Koleksi Novel


12. Koleksi Tahun 2008


13. Koleksi Majalah Hiasan rumah


14. Lain-lain majalah dalam simpanan aku



1 comment:

Norziha said...

nasib majalah urtv dah di pas kan orng lain klu tak boleh masuk koleksi ini.