Kami bertolak lebih kurang Jam 2 Ptg dan sampai dalam pukul 8:30malam. Jarak Km tidakla terlalu jauh tapi gaya pemanduan org kat sana lebih berhemah .. bawah kenderaan dgn slow walaupun suka duduk kat lane org .. Memandangkan aku duduk seat paling depan jadi segalanya sgtla jelas... Keadaan disini sama macam Bandung , pemandu2 sgt menghormati org lain, cuma bunyikan Hon dan laluan akan diberi...
Menunggu BAs bertolak
Servis bas sgt memuaskan hati.. kalah Air sia, siap ada air dan makanan free.. Tambang aku dah lupa berapa tapi kalu tak silap dalam 10USD. Dlm bas layan movie, tup2 adegan 18sx tidak dipotong.. terperanjat sekejap.. da la duduk depan.. huh!!! tak sampai sejam Bas berenti rupanya rosak.. kena tunggu 1/2 jam sampai bas baru n tukar Bas pulak....
Kejutan .. Kalu ku tau Bas akan menyemberangi Suangi Kemboja, akan ku fikir byk kali utk ke Vietnam dari Kemboja .. Hahaha .. Bukan menyeberang border tapi di dlm Kemboja itu sendiri.. tiada jambatan.. kena naik bot besar.. Adala dlm 5-10minint.. dengan air sungai yg berwarna coklat n arus yg dera.. dlm kapal besar tu boleh memuatkan 3 bas utk lebar, panjang kurang pasti mungkin 2-3 bas@lori ..
Hampir jam 6pm, sampai border Kemboja-Vietnam.. Bas berenti rehat .. Kami dah kebulur.. Maklumla semua bekalan roti n biskut dlm beg besar.. Sebelum border ni ada 2-3 casino yg besar2.. sungguh tak paham kenapa nak buat kat border..
Seterusnya masuk Vietnam.. Perghhhh kena bawak turun segala beg .. punyala besar .. tambah pulak ngan barang yg dah shopping paginya.. urusannya sgtla lambat ... huhu.. Bila segala dah selesai Bas mula menuju ke Ho chi mint.. Sampai kat sana aku dah hampir nak pengsan.. giler!! perut masuk angin .. mmg dah rasa macam2.. ngan nak muntahnya.. Tetiba sorang driver teksi dtg, walaupun dah dipesan cuma naik Ma lind Teksi tapi dlm keadaan terdesak kami naik..
Huh!! mmg betul .. kaki penipu.. walaupun pasang meter tapi sgtla cepat bergerak setiap kali dia tekan minyak dan gaya pemanduannya sgtla tidak sopan.. suka brek2 dan tekan minyak.. aku sgt suspek dia mengubah suai meter tersebut .. memandangkan kami semua blm makan jadi kami meminta pemandu teksi ke kedai makanan islam.. memandangkan aku pening maka aku cuma tunggu di kereta.. yg pelik dlm keadaan kereta berenti meternya sangatla lambat berjalan...
Semasa menunggu makanan tetiba tendengar bunyi bising .. rupanya black out pulak.. macam2.. dah habis beli kami dihantar ke hotel.. agak tersorok tapi hotelnya sgt bersih dan pekerjanya sgt rajin walaupun ,acam ayam ngan itik bercakap.. Nak tau tambang teksi sampai hotel hampir 500 000dong... giler mahal.... mmg kaki penipu..
Malamnya kami mandi n makan, telan panadol n tido.. Esok akan bermulala shopping .. dan DiTIPU lagi .. huhu!!!
Antara Barang2 yg sempat disambar di Phnom Penh























No comments:
Post a Comment