Walaupun dah lama .. tetiba aku macam terajin nak update semua.. Sebenarkan Company Kami dijemput utk menyertai TM treasure hunt ni.. Sebenarnya yg pergi semua bos2 tapi memandangkan Bos aku tak der yg nak pergi jadi aku ngan sukarela hati nak pergi .. So kami bertiga disertai oleh seorang org TM...
Berkumpul di menara rebung seawal jam 7pg, sabtu ...Sebelum bertolak kena makan dulu
Selepas itu proses menampal sticker dan berlepas ke destinasi Damai Laut melalui Kuala Selangor
Check point pertama di Jejantas Sg Buloh sebelum Keluar ke Sg Buloh untuk melalui jalan Dalam .. Aktiviti .. Gayakan pakaian beragam.. ntah pape gaya da!!!
Seterusnya meneruskan perjalanan.. Pelbagai halangan dan rintangan ... Soalan yg ntah pape.. tapi memandagkan kami pergi untuk suka2 jadi takla membebankan sgt memikirkan utk menang ... lgpun inilah kali pertama kami bertiga menyertainya....
Seterusnya kami ke hentian kedua dimana terdapat satu aktiviti memindahkan ulat .. eeeeeeeeeee.. geli sgt... Tempatnya dekat Kuala selangor .. macam2 gelagat dapat dilihat ....
Selepas itu menuju ke hentian ke 3 dimana kami terpaksa melakukan aktiviti yg agak ekstrem.. Fear factor.. Menagis2 gakla aku kena seluk tangah untuk ambil bongkah yg dlmnya ada belut ... huhu ... geli gila...
Fear factor ke2 .. Minum air yg rasa sgt teruk.. lepas minum mmg muntah.. dahla ada gambar ulat... ampun tak minum lagi..
Seterusnya .. Fear factor yg paling disukai .. makan durian .. hahaha .. saper tak suka.. laju jer semua makan...
Seterusnya menuju ke perhentian terakhir di Damai laut ....
Sesampai disana , Masih lagi ada aktiviti ....
aktiviti pertama.. ambil abjad2 dlm air dan susun..takla susah sgt .. Selepas tu aktiviti kena korek pasir utk meloloskan diri .. konon2nya kayak tu tembok.. seksa giler....
Gambar KAt Atas Masa Dinner ada pakaian beragam .. Macam2 Ada .. termasukla pakaian yg seksa giler dari pihak penganjur ...
Masa Untuk Pulang.. Bergamba bersama2 Ahli Kumpulan ... Seronok walau tak Menang..
























No comments:
Post a Comment