Kali ke dua ke Freser Hill untuk Maxis Team Building. Kali pertama pada tahun 2000. Banyak perubahan terutamanya access ke freser hill ada satu laluan turun dan satu laluan naik dimana pada tahun 2000 accessnya cuma satu dan laluan dibuka berselang seli setiap satu jam. Bangunan klinik, balai polis dan pejabat pos yang dulunya kayu dah betukar ke bangunan batu. Kalu dulu kitaorang terpaksa cari duit syiling dan beratur di public phone tapi kini line telefon dah full bar cuma 3G masih lagi tak ada.
Team building kali ni paling enjoy, aktiviti tidak terikat dan paling utama tak de aktiviti dalam kelas yang membosankan ala budak sekolah... kalu ikutkan jadual pukul 2 sampai 4 nature walk aka berjalan dalam hutan. pastu ptg sepatutnya ada game. Malamnya aktiviti makan2 dan aktiviti sendiri.. Esoknya ada lagi aktiviti macam kompas game, survivor dan flying fox sebelum makan tengahari dan balik.... Semua tu hanya rancangan yang terjadi sebaliknya.. .
Kitaorang sepatutnya bertolak pada pukul 8am... tapi bertolak dah kul 9 lebih ada yang datang lambat la.. dan akhirnya kitaorang breakfast pada kul 12pm dan makan tengahari pada kul 12:45pm.. aktiviti yang sepatutnya bermula kul 2 dah jadi 2:30pm.. aktiviti nature walk memang mencabar.. jalan dalam hutan selepas hujan.. Pacat punyala banyak lepastu lalu lereng2 bukit yang teramat curang.. terpaksala tolong menolong... Macam2 la terjadi ada yang tergelincir terutamanya orang dibelakang dengan tanahnya yang lecak... orang kat depan lak terpaksa menunggu yang belakang dan berperang ngan pacat.. Dalam pada tu ada lak kawan kita ni pengsan dan memang tak larat nak jalan.. kira memang teruk la.. aku tak de la tengok sebab dorang dok kat belakang aku lak kat depan .. lamala jugak kitaorang berkumpul kat tengah hutan sambil nunggu dorang bawak kawan ni.. Dan kitanya instractur tu suruh kitaorang jalan sendiri ngan berbekalkan parang. Yang jadi ketua si Rafi ngan Alizan.. ntah mana2 la dorang ni bawak.. dan ada lak yang bermulut celupar.. suruh tengok buletin utama malamnya.. geram je aku... yang tak tahannya si instructur tu suruh anak di yang sekolah tingkatan brapa tah yang dok kat depan.. bila tanya dia betul ke jalannya.. dia kata ada banyak botol mineral, bear semua mesti ada yang pernah guna.. dah la b4 tu instructur tu bgtau dah 1 1/2 tahun jalan tu tak de orang yang guna so kena cari jalan sendiri... Haru betul..... kebetulan aku mmg jalan kat depan dari awalnya... bila orang belakang jerit tanya, yang depannya siap cakap dah nampak bumbung umah orang la, dah nampak jalan la dah nampak dengar bunyi sungaila... kadang2 kelakar gak sebab nak bagi orang belakang tak giveup... last2 nya instructur suruh patah balik dan kitaorang terpaksa panjat pagar untuk keluar dari hutan.. rupa2nya kitaorang cuma berada bersebelahan dengan jalan je.. bila kuar tu dah pun kul 7pm... bayangkan kalu tak jumpa jalan... Si instructur tu bagitau nasibla si kawan ni pengsan kalau tak dia budget kul 8pm baru dia nak bawak keluar... Bila kita keluar tu sikit punya lega pastu hujan pun mulai turun.. dalam berjalan balik tu barula kita perasan yang tempat kitaorg jumpa banyak botol mineral dan macam2 botol lagi tu rupanya tempat buangan sampah dan tak jauh dari tempat tu mmg ada tempat pam air.. mmg patutla orang yang kat depan cakap ader dengar bunyi air.. ha!ha!ha1 lawak pun ader.. tapi pape pun memang satu pengalaman berharga....
Balik je kitaorang terus makan malam maklumlah dah lebih 7:30sampai .. malam tu makan Bbq dorang dah siap bakar cuma amik je.. aku lupa lak nak snap gambar. Ada ayam, ikan, udang , sotong ngan kambing.. aku paling suka sotong ngan udang. Lepas makan ader suggestion nak buat telematch tapi sorang pun tak turun.. semua kepenatan.. akhirnya aku, lynn ngan laili gi sauna..... Malamnya tido tak lena pasal teringat2 masa kat hutan dengan sejuknya tak yah citerla... itupun bilik tak de aircond, tak de kipas.. aku mmg berkelubung sampai kepala.
Esoknya lepas breakfast kitaorang buat flying fox ngan survivor... pastu buat telematch sebab dah tengahari.. kul 2pm kena check out.. telematch mmg fun sangat.. team aku asyik main tipu jer.. tapi itu yang nyebabkan suasana lebih ceria.. tambahan pulak anak instructur tu yang umur 8 tahun ikut serta.. budak tu kena mandi ngan air satu baldi ngan team aku pasal tak puas hati dia suka bgtau kitaorg main tipu... yang tak tahannya dia siap ajar cara nak nipu... Lepas telematch terus makan tengahari dan bersiap balik.. masa nak balik tu hujan turun ngan lebatnya... aku singgah beli t-shirt selai untuk pakcik aku... Kul 5pm aku sampai umah.. leganya... punyala penat aku tertido sampai kul 8pm.....
Freser Hill ..... akhirnya aku sampai untuk kali kedua

Hidupan hijau di kaki Jalan menuju ke tempat penginapan

Pemandangan menuju puncak Freser Hill

Ni Gambar driver aku kat empangan dalam perjalanan naik ke Freser Hill

Bapak2 budak - bersiap nak masuk hutan.. tengoklah si Hanif kan main panjang stokinnya

Ni lak kaum ibu... aka Model menggayakan kasut baru.. ahak!!





















4 comments:
hahahahhah...akhirnye terupdate gak blog ni setelah sekian lama
sila tgk nih....http://epop434.blogspot.com/.....blog yg dah lama x di update...hahahhaha
bestnya ja dpt gi teambuilding time ko nieh .. rugi betul aku tak dapek nak join .. huhuhu ...
Tie, Kali ni mmg best.. Relak je.. takde paksaan.. Aktiviti kalu nak ikut boleh, tak ikut pun boleh.. tapi kalu dah pegi takkan nak melepak je kan, kalu tak joint tak merasala sesat dalam hutan..
Post a Comment