Target

Saturday, April 28, 2012

Korea Day 2: Gyeoungbokgung Palace

Selepas beberapa bulan tetiba jer rasa nak menyambung balik citer pasal Korea.. Huh!! Satu memori yang sukar dipadam dan sentiasa mekar berkembang...

Day 2
9am: Hari ni kami bersiap awal maklumla excited nak menjelajah dibawah suhu -ve.. hahaha... dimulakan.. Walaubagaimanapun pemandu pelancong kami tiba awal.. jenuhla menunggu dalam kesejukan dan tanpa membuang masa kami meneruskan dengan acara Wajib... iaiitu acara mengambil gambar di depan Malaysian Embassy... hahaha...
9:40am: Bila pemandu pelancung sampai.. perkara pertama adalah seisi cuci mencuci.. ahahah.. Berlakon menjadi garang...
Kena cuci
Pantang ada peluang bergambar
Seterusnya memulakan aturcara hari ni ke Gyeoungbokgung Palace.. Sebelum ke Palace ni kami sempat singgah di Deoksugung Palace untuk melihat pertukaran Shift... Kiranya kami bernasib baik sempat tengok sebab ngam2 sampai.. sempat amik gambar ngan guide sebelum n selepas tukar...
Exit kat
Selepas itu bergerak ke Gyeoungbokgung Palace dengan berjalan kaki lebih kurang  15min.. dan dalam perjalanan sempat singgah di Gwanghwamun Square. Kat sini tak de pape pun .. kecuali patung n kalu tak silap ada museum kat bawah tapi kami tak berkesempatan memandangkan kejar masa hari Jumaat n pemandu pelancong kami perlu Solat jumaat di Itaewon.
Memandangkan agak terlama kat Gwanghwamun Square walaupun kononnya nak amik gambar sekeping dua jer kami terpaksa berlari ke Gyeoungbokgung Palace sebab aturcara Changing Guide hampir bermula.. Wah.. Agak meriah orang kat sini sebab aturcara ni memang aturcara wajib untuk dilihat...


Abis Aturcara ni sekali lagi kami bergambar di Gwanghwamun Square sebelum ke Cheonggye stream..
Di Cheonggye stream siang hari kurang meriah memandangkan ada sungai semata2.. Dan ramaila jugak rombongan budak2 sekolah kat sini ..
Selepas itu kami naik Subway bergerak ke Itaewon untuk lunch sementara menanti Si Lah solat Jumaat..
Alang2 dah kat Itaewon, Kami singgah solat di masjid dulu
Next .... pengembaraan ke 63 building....

No comments: