Target

Thursday, October 16, 2008

Raya di Terengganu

Tak de perkara menarik pun beraya kat Terengganu... Macam biasa je.... Maklumlah aku bukannya muda remaja lagi...

Aktiviti Pagi Raya.... Semayang Raya so dapatla jumpa kawan2 lama aku kat Kg.. Nama je sekampung tapi sebenarnya jarang sangat kami berjumpa.... Paling Kanan, Ida, Fatimah & Ramlah...
Lepas Semayang Lak balik umah makan.. Juadahnya Lemang ngan gulai ayam kampung.. Gambar lupa amik da!!!... Pastu aktiviti bergambar.. sebenarnya tak rancang pun.. tapi memandangkan ni first time adik beradik aku berkumpul selepas aku kahwin rasanya.. punyala lama tak berkumpul.... so amikla gambar reramai...





Ni lak Ragam Anak sedara aku... Memang suka Bergambar
Aktiviti Seterusnya ke rumah Bapa saudara aku kat Dungun.. Memandangkan mak aku 3 beradik je jadi tak yahla pegi beraya banyak rumah... Maksu aku mmg tinggal sekali ngan mak Aku... Balik dari umah bapa saudara aku, kami singgah di rumah nenek tiri ( sebelah bapa), pastu ke rumah atuk saudara dan sepupu mak..... maka berakhirla hari pertama...


Ni Nasi Dagang menu untuk Raya kedua.... Banyak giler aku makan....
Memandangkan aku akan bertolak balik ke Johor maka aku ke kebun mak untuk mencari buah tangan untuk ibu mertuaku.... Buah tangannya... Salak, Keledek dan juga cili padi ... Semuanya hasil tanaman mak aku.... Tak lupa juga mak aku bekalkan anak pokok Duku Terengganu, anak pokok Salak dan juga anak pokok limau nipis yang buahnya sebesar bola tenis..... Kereta aku dah macam taman pertanian lak!!!!
Tengah harinya aku bertolak balik ke Johor

2 comments:

Unknown said...

nak solat raya pun sempat snap gambar ek hehehehe

CuTeMiUt78 said...

wah meriah ler keta ngan segala hasil pertanian tu kan..