Perjalanan dari Terengganu Ke Johor melaui Muadzam Shah & Segamat pada Hari Raya Kedua
Singgah Solat di Masjid Tenang Station
Aku tak tau pokok apa.. AKu ingatkan pokok Kurma tapi kata Hubby pokok kuma tinggi...
Hari Raya Ke-3.. Beraya di rumah sedara-2 sebelah hubby... Bekas kuih raya kat bawah ni mesti zaman2 mak aku muda2 sebab mak aku pun ada dulu2.. Tapi barang buatan dulu memang tahan berbanding barang2 zaman sekarang... Kueh2 yang aku tak pernah jumpa.. abang ipar aku namakan bekung bilis dan Jalur gemilang...
Petang Raya Ketiga meronda sekeliling Kampung naik Virago Abang Ipar.. Tapi malangnya Hubby tak bagi cuba sebab motor berat takut tumbang!!!!
Adat Jawa... Baraan ataupun Marhaban.. Kunjungan dari rumah ke rumah oleh golongan muda-mudi.. nila acara yang memeriahkan raya di Johor ni... Gambar ni rombongan kedua dari Kg Parit Baru, Sebelumnya dari Kg Parit Selangor aku lupa nak snap gambar... Memang ramai sampaikan ada yang tak naik umah....
Hidangan wajib di rumah ibu mertuaku hasil air tangan abang iparku.... Memang Laris masa rombangan baraan datang.. Yela.. kalu setakat kueh raya tiap2 umah kita jumpa.. so cari kelainan bagi menarik org yang datang untuk menjamah hidangan
Ni pulak Raya keempat... beraya kat umah bapak saudara hubby... Aku nak tunjukkan betapa kreatifnya makcik hubby.. Daripada balang plastik yang harganya seringgit bertukar rupa yang menarik dan nampak mahal.


1 comment:
kak deza...sonok gak masuk blog akak...hehehhe (^_^)
uish...kalerful la makanan kat sini...
Post a Comment