Nasi ayam ni Lynn belanja kat kedai Linda Onn My Mum chicken rice... Mungkin kerana aku suka sangat makan nasi ayam kat The Chicken rice shop jadi aku rasa nasi ayam ni biasa je.. Nasi dia sedap tapi bila ayam dicampur ngan kicap hitam tu menyebabkan kurang selera sikit.. Mungkin aku ni dari dulu tak suka apa2 yang dimasak dengan kicap sampai hitam... Harganya Rm6.90 dan air Milo kosong tu harganya RM 2.80 ... ( kalu kat kedai makan Batu tiga aku leh minum milo ais 2 gelas siap ada balance lagi 40sen ). Keadaan Kedainya macam restoran biasa.. dan paling tak bestnya bila tapau nasi ayam... Sup, kicap dan sambal diletak dalam Plastik.. kemudian Plastik tapaunya biasa je tanpa ada pape cop kedai....

Ini lah ayam yang dicampur ngan kicap
Ni pulak masa aku gi makan kat Nando's... Kebetulan aku gi Jusco Bukit Raja.. Memandangkan tak banyak fast food yang ada kat situ jadi aku masukla kedai ni... Ni bukanla kali pertama aku makan kat sini..... cuma memang agak jarang berbanding fast food lain. Mungkin tak banyak cawangan yang dibuka... Lainla Mc-D ke, KFC ke, Pizza Hut ke dan chicken Rice shop memang bersepah2 kat mana2.. kiranya rasa nak makan je terus tuju ke tempat tersebut.
Ni la ayam yg diorder leh roomate ku

Ni Lak menu aku ... Rasanya lebih kurang sama je

Orange Jusnya memang masam giler....
Sosnya yang rasanya agak pelik.. Tapi bekas letak sosnya cantik
Deko kat dalam kedai ni yang aku rasa menarik
Ini lak ..... makan petang kat Office.. Air teh o cicah biskut kering .. Memang sedap.. maklumla kat office kan sejuk.. dapat pekena teh o panas lega betulYang Terakhir ni lak antara hidangan yang aku makan masa aku masuk Spital hari tu...



No comments:
Post a Comment