Target

Tuesday, August 26, 2008

Fish SPA

Buat pertama Kali aku mencuba.. Kebetulan semalam aku ke Giant Sek 13 untuk tukar power kanta cermin mata aku... Oleh sebab amik masa 45min-1jam untuk siap so aku berlegar2 dan terjumpala tempat ni.. Kebetulan pulak yang mencuba semuanya perempuan so aku tanyala hubby boleh cuba tak.... memandangkan aku nak jalan2 pun tak berapa nampak so hubby aku pun kata try la.... Aku buat selama 20min untuk RM 12.
Fungsi dan Kebaikan terapi ikan ni berdasarkan pamlet yang aku dapat...
1. Kelihatan lebih muda dan segar
2. Secara langsung menghindarkan kuli mati dan melambatkan proses penuaan
3. Melindungi liang-liang roma dan meningkatkan peredaran darah
4. Merawat dan menjaga kulit supaya kelihatan lebih sihat dan berseri
5. Ekologik dan semulajadi
6. Selamat dan tiada kesan sampingan
7. Melindungi kulit

Sebelum masukkan kaki dalam kolam ni.. terlebih dulu kaki kita direndam dalam besin seketika.. tujuan dia untuk cuci kaki... Bila aku celup je kaki dalam kolam ni maka berduyung2la ikan ni datang ke kaki aku.. Mula2nya memang rasa geli sangat... Jumlah ikan dalam ni 1000 ekor... memang dorang berlumba2 mengigit kaki kita.. mula2 tak berapa selesa selepas tu rasa seronok pulak!!!
Tengok jela cam ne ikan ni menyerbu ke kaki aku











Selepas buat ni, kaki rasa cam ringan..... perubahan lain tak tahu lak.. tapi malam tadi aku memang tidur nyeyak giler....

No comments: