Target

Friday, March 23, 2007

Apa2 aje!!!

Kembalinya aku dari SKudai, terasa aku dah terlepas dari segala beban PSM walaupun cuma 40/100 sahaja dan lagi 60% adalah dari tesis. WAlaupun aku belum mula lagi tapi aku rasa bebas sangat.... rasa seronok kerana aku dah sampai ke penghujung tahun.. setelah 5tahun aku belajar sambil bekerja... terasa singkat masa berlalu dan dalam tempoh tu onak dan duri terpaksa aku tempohi...
Bermula pada semester satu pada julai 2002, hampir 3 tahun selepas diploma aku bermula kembali.. dan pada masa tu terasa betapa susahnya nak mengasah otak yang dah semakin tumpul... dan pada Sept 02 juga aku berkahwin... bayangkan dalam kesibukan persiapan aku baru bermula dan hasilnya peperiksaan bagi semester pertama adalah sangat teruk.. ( CPA1.67)memalukan dan terasa mmg otak dah tak mampu menerima.... bayangkan kalau belajar di full time mesti dah kena reject.. tetapi disebabkan berbayar aku masih layak meneruskan pelajaran.. dan pada sem 2 aku berjaya mendapatkan CPA >2.0.
Bekerja dalam shif membuatkan jadual kehidupan aku agak kelam kabut... bayangkan aku terpaksa swap shift sana sini, terpaksa amik cuti sampaikan sebelum sampai hujung tahun cuti aku dah habis... tapi nak buat cam mana ... sekali melangkah takkan aku nak berpatah balik... Aku rasa mesti ada yang kurang senang dengan aku.. yela.. asyik mengganggu jadual orang lain. tapi terpaksala aku tebalkan muka mintak tolong kawan2.. dan nasibla kawan2 memahami... walaupun ader yang tersindir... aku buat pekak badak je... 5 tahun aku melalui semua ni sampaikan aku terpaksa jumpa hod mintak keluar untuk keja office hour dan sampai sekarang aku masih macam ni... tak pe la... janji aku berjaya tamatkan ....
Dan sekarang masa yang dinantikan hampir tiba... cuma tinggal satu kelas lagi pada bulan depan , dan satu final exam pada 18/4 untuk subject yang aku repair berserta tesis projek yang kena hantar sebelum 16/4... terasa penat lelah aku berbayar... walaupun mungkin orang lain lebih bernasib baik selepas diploma terus menyambung pelajaran ke peringkat seterusnya tapi aku terpaksa bekerja dan sambung belajar part time kerana ekonomi keluarga yang tidak mengizinkan.... Dan aku rasa serba salah masa diploma aku belum habis lagi, adik aku tak nak meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dengan alasan tak nak menyusahkan mak aku sedangkan result spmnya bagus.. pangkat 1. Mungkin masa tu dia tak dapat offer mana2 IPT dan dengan alasan dah tak nak sarungkan uniform sekolah dia ambik keputusan utk bekerja kilang... Ralat aku sebenarnya... kalaulah dia sambung ambik stp atau sekurang2nya ke poli mungkin sekarang kehidupannya lebih baik.. dan aku sedar pelajaran adalah segala2nya pada hari ini walaupun mungkin ader org yng bernasib baik walaupun tanpa kelulusan boleh lebih berjaya dan aku percaya rezeki tu sudah ditetapkan oleh Allah cuma kita kena lebih gigih berusaha utk mencapainya.
Menyingkap zaman persekolahan aku, masa sek rendah di Sekolah kebangsaan Dendang, aku antara pelajar yang pandai ( maunya kat sekolah cuma ader 27org je). Tiap2 tahun dapat hadiah antara no 1-3 tapi masa darjah 4 aku dapat no 5, mak aku marah sampaikan dia tak datang masa acara akhir tahun, dah tu aku siap kena rotan lagi... mak aku mmg garang giler ( Bapak aku meninggal masa aku darjah 2, mungkin sebab tu mak aku agak garang ). Semasa UPSR aku cuma mendapat 2A, 1B & 1C. Selepas tu aku masuk sekolah Asram di Sekolah menengah Tengku Intan Zaharah... Sebenarnya ada sekolah yg berdekatan tapi disebabkan aku tak nak tinggal di rumah, berdepan dengan mak aku yang selalu membebel, mengelakkan dari buat kerja rumah ( jahatnya aku... sebenarnya aku dah mula buat keje umah selepas bapak aku tak de.. nangis2 aku basuh 2 besin kain), ntahla tapi masa kanak2 aku terasa agak pedih... malas nak ingat... tapi nak buat camne.. itu adalah sebahagian daripada perjalanan hidup aku.. Walaupun begitu aku agak mewah masa sekolah dulu, duit belanja aku Rm 10 seminggu padahal asrama dah disediakan makanan, duit asrama mak aku asingkan begitu juga duit tambang bas... Semasa di Sek Menengah aku cuma ala kadar je... aku belajar dia kelas arab dan selalu bermasalah dengan org lain pada awalnya .. Ini kerana aku pakai tudung biasa, tak pakai tudung labuh sebab awalnya aku aliran perdagangan tapi aku minta utk bertukar kerana tidak selesa dgn keadaan kelas aku. Sebenarnya kalu ikutkan keputusan UPSR aku tak layak dok kelas arab yg memerlukan result sekurang2nya 3A 1B tapi kerana sambutan utk kelas arab agak kurang so pengetua offer sape2 berminat boleh cuba pohon dan aku dan kawan aku Hamidah berjaya. Dan setiap kali peperiksaan aku mendapat no 2 @ 3 kebelakang... Dan Semasa PMR aku cuma mendapat 1A sahaja... ha! ha! memang aku agak kurang pandai cuma pandai sedikit berbanding kawan2 kg aku.. Semasa berada di Tingkatan 4 aku di letakkan di kelas jurusan akaun, aku ni kan memang benak bab2 math ni... Dalam masa yang sama aku ikut kawan2 aku isi borang Vokay dan aku bernasib baik dapat Tawaran dr Vokey Kuala Terengganu... Pada masa tu aku hampir tak pergi memandangkan yuran nya pun dah RM400 tambahan 2 org kawan aku dpt offer Vokey Kemaman jadi aku tak de kawan... Kerana aku bergaduh dengan guru BI aku ( agak kritikal sampaikan jadi perbualan di bilik Guru) so aku dicide pegi ke vokey... Nasib mak aku benarkan.... Semasa di Vokey kelas aku ada 34Org.. 30Lelaki dan 4 Perempuan... dan aku budak pompuan paling pandaila... kononnya.. Oleh kerana aku berkawan dengan budak lelaki yang pandai2 , so projek aku selau dorang buat.. ha!ha! nasibla aku penipu yg pandai.. kawan aku cukup tak puas hati sebab dia selalu kena... aku ngan dia wat bising tapi bila cikgu kuar dari bilik dia kat bengkel siap puji aku baca buku waktu cikgu tak de dahal aku baru je cecah punggung kat kusi lepas borak2 ngan dia... Percubaan SPM aku mmg ok sangat bayangkan 17 Agregat ... sedangkan sebelum ni aku mmg tak pernah dapat panhkat satu... tapi malangnya masa SPM aku terukkk 24Agregate dgn pangkat 2 sebab tak lulus subjek course... Tapi Nasib aku agak baik sebab dapat masuk UTM utk buat Diploma.. Aku macam tak caya sampaikan aku terserempak kawan aku yg kelas arab tu dia siap tanya aku buat ape kat sini.... TApi masa first semester aku siap tulis surat ngan mak aku kata nak berenti sebab susah.. nasibla mak aku suruh habiskan dulu satu semester dan masa 1ST sem tu aku dapat cpa 2.60.. jadi aku teruskan.... Dan alhamdullilah sepanjang aku belajar kat UTM aku tak pernah fail subjek dan aku gred on time...
Panjangnya cerita aku ... ntah pape... tapi itulah sedikit sebanyak sejarah akademik aku... kesimpulannya walaupun kita ni kurang pandai selagi kita berusaha insyaallah akan ada peluang utk kita tingkatkan diri kita.

No comments: