Target

Friday, March 23, 2007

Kadangkala

Kadangkala
aku merasa bosan
pada kawan yang mengaku
teman
sewaktu dalam kesusahan
kadangkala
aku merasa jemu
pada kawan yang tidak
mengaku kawan
sewaktu tinggi di puncak awan
kadangkala aku merasa sedih
pada kawan yang menikam
kawan
hanya kerana ingin terus
berada di depan
masih adakah
teman yang benar-benar teman
sanggup berkongsi kesusahan
rela berbahagi kebahagian
masih adakah
teman yang benar-benar teman
menjunjung tatasusila
persahabatan
di tempat paling tinggi
di sudut perasaan......


Tetiba aku rindukan semua kawan2 lama aku.....
Kawan2 kg aku... Norizan Mohd, Fatimah Ali, Noraida Bidin, Ramlah Abdullah, Noorosliza Abdul Ghafar--- dah lama tak jumpa korang... teringat masa panjat pokok mangga kat asrama masa semua orang gi study....
Ntah apa khabar Roslela, Lina, Sapu faizul azwan, --- kawan rapat aku kat vokey yang dah lama hilang tanpa berita
Rindunya aku pada persahabatan aku semasa di utm, tempoh segala susah payah --- Kepada Roslina Mohd Noor, Rosmawati Hussien, Norhayati ismail & Rohani awang terima kasih kerana sentiasa bersama... rindunya aku teringat saat study bersama, tido kat ruangtamu reramai, jalan kaki punyala jauh tunggu bas... bukak posa sama2..... ina... rasa cam semalam je camne kita selalu ponteng kelas, kena tulis surat pasal tak layak ambik final exam ngan lecture cam datin tu... jalan kaki dekat 1/2 km balik umah walaupun gap kelas 2jam... banyak perkara tak logik kita buat.. ha!ha!
Kepada Hafiza Mohamad--- dah lama kita tak gi tengok citer Hindustan... ntah pape gi tengok wayang ngan india2 kat bawah dataran merdeka tapi yang pasti kalu kuar bersama org mesti tengok semacam pasal sorang tinggi sorang rendah.....
Kepada Rieza dan Lela --- semoga persahabatan akan terus terjalin walaupun study kita kat UTM akan ke penghujung pada April ini.
Dan yang pasti masih ada lagi kawan2 yang berada di sisi aku saat ini.......... terutamanya yang sedang menatap tulisan aku ni.... terima kasih kerana masih setia bersama aku... semoga persahabatan ini kekal selama-lamanya.

2 comments:

Zetty said...

ja ..

aku sedih baca entry ko nieh .. semenjak dua menjak nieh aku mmg selalu sgt mimpi kengkawan lama aku ... tatau laa napa .. rindu betul aku nak tau kisah hidup dorang sume ..

apa2 pun, xpe laa .. sekurang2nya aku gembira ada kengkawan yg cam ko and lyn etc ...harap2 persahabatan kita berkekalan hingga ke akhirat .. amin.

deza said...

aku pun sama... harap persahabatan kita berkekalan tak kira kat mana kita berada ... insyaallah