13 Sept 2002 : Tarikh bersejarah dalam hidup aku.... Alhamdullilah hari ni genap 6 tahun kami bersama sebagai suami isteri.. Aku berdoa semoga jodoh kami berpanjangan sehingga ke Akhirat dan semoga kami sentiasa dirahmati dan diberkati Illahi. Semoga tahun mendatang menjanjikan kebahagiaan yang berpanjangan dalam hidup kami dan semoga kami sentiasa dimurahkan rezeki dan dikurniakan Zuriat sebagai tanda ikatan kasih sayang Kami...
Gambar perkahwinan aku yang memang jarang dapat ditatap untuk umum... hari ni aku publishkan.. walaupun terdapat banyak kekurangan dalam majlis ni namun ia satu-satunya kenangan yang ada pada hari bersejarah Kami...
Majlis angkat Nikah pada pagi 13 Sept 02 @ 10am di Masjid Kampung Dendang.
Begitu Khusyuk Hubby mendengar Juru Nikah memberi penerangan
Alhamdullilah dengan Sekali lafaz aku sah menjadi isteri kepada hubby...
Bergambar di masjid selepas majlis
Majlis persandingan. Pada awalnya aku tak nak pun buat pelamin sebab aku ni simple je orang nya. tapi disebabkan mak, aku turutkan jugak... nasibla tak paksa aku bersanding...aku cuma bergambar je.. jurugambar lak jurugambar amatur.... yang paling aku tak puas hati tukang mekap tu mekap aku dah serupa hantu lak.. sakit hati sungguh!!!!
Bergambar dengan saudara mara dan kengkawan yang datang masa majlis.
Adik beradik dan sepupu pun amik kesempatan bergambar
Siap ada silat!!! sebenarnya atuk saudara aku bawak anak muridnya untuk memeriahkan majlis... Dia cakap ngan mak aku kalu mak aku marah sekali pun dia nak gak bawak budak silat dia.. tapi yang pasti dorang ni menjadi tumpuan dan memeriahkan majlis aku.
Ni lak majlis kat umah hubby...Kami bertunang pun 3 bulan je ... Bertunang 1Jun 2002 dan Kawen 13 Sept 2002... kitaorang ni memang jenis yang terjah je.... kami pilih tarikh kawen dulu dan lepas tu baru cari tarikh tunang.. Ikutkan kami nak buat pada hari yang sama tapi biasala orang tua tak bagi takut orang kampung cakap bukan2.... Kengkadang susah jugak semuanya nak kena ikut orang .. nak kena jaga adat!!!! dan akhirnya kita juga yang rasa tak puas hati......





4 comments:
Happy Belated Anniversary Ja .. semoga jodoh kalian berkekalan di dunia & akhirat and Insyaallah dikurniakan dengan zuriat yg sihat .. Amin.
Thanks Tie... Harapnya semua permintaan dimakbulkan
deza, happy belated anniversary ya. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat..
Thanks Cutemiut
Post a Comment