Alhamdullilah ... Usia kandungan aku dah berusia 3 bulan.. semalam pergi checkup dan alhamdullilah semuanya ok... cuma kadang-kala perut aku terasa senat dan kadang2 ngilu...
Sepanjang 3 bulan ni aku tak de mengalami alahan seperti loya2 atau pun muntah cuma sesekali pening tapi tak teruk .... Tapi dugaan lain yang aku alami.. sepanjang tempoh ni aku mengalami 3 kali bleeding dan last bleeding hari Sabtu lepas dan paling banyak... Aku memang takut sangat.. sampaikan aku duduk je kat bilik air hampir sejam tunggu hubby sampai dari office dia..
Dan sepanjang tempoh 3 bulan ni jugak aku amat berterima kasih kepada hubby aku kerana melayan aku bak puteri... Satu kerja pun aku tak buat hatta cucikan 1 cawan pun.. Terharu sangat dengan layanan hubby aku... even malam tadi hubby demam. Pagi ni sempat lagi kemaskan bekas2 yang aku makan dan gi cuci..... Aku berjanji pada diri aku akan menjaga sebaik mungkin kandungan aku seperti mana hubby jaga aku.
Ya Allah ... Semoga Kau panjangkanla Jodoh aku dan Hubby dan jauhkanlah rumahtangga kami dari sebarang Musibah, Kurniakanla kepada kami zuriat yang soleh dan solehah dan peliharakanlan kandunganku... Semoga aku selamat melahirkan zuriat yang sihat dan comel buat hubby!!! Amin.....

1 comment:
masa ni lah nak tahu sejauh mane kasih sayang nye tauu..
sy doakan semoga awak sihat sekeluarga
Post a Comment