Kalut satu negara semuanya pasal harga minyak naik petang semalam... Kat mana2 pam station penuh dah macam pesta lak... dan akula mangsa keadaan terkandas dalam kesesakan jalan raya yang teruk... walau bagaimanapun aku bernasib baik tak perlu beratur kerana tank minyak aku dah penuh.....
Aku balik kerja selepas maghrib dengan harapan jalan clear tapi meleset sungguh jangkaan aku... keluar je kat terowong aku dah beratur dan dapatla aku tengok pam station esso yang saban hari lengang tapi semalam beratur sikitnya panjang.... tapi malangnya aku tak sempat snap gambar semalam sebab pakai tepon hubby...
Dan yang lebih tragik kesian ngan hubby balik kerja kul 8pm, tapi dapat kuar office kul 10:00pm dan sampai umah kul 11:45pm. Bayangkan dari jalan Tun Razak dia menempuh kesesakan yang luar biasa ni sampai ke umah... kalu aku mesti sampai umah muncung panjang sedepa... penat siot!!!!!
Ni aje gambar yang aku ada cilok kat paper Berita Harian ... patutla kata Hubby aku nak gi isi NGV pun tak lepas sebab tersangkut panjang kat sini ( Kg Baru KL)
Dan mulai hari ini kena fikirkan cara untuk menjimatkan duit cthnya tak gi jenjalan tanpa ada pape tujuan.. dan yang pasti kereta wiraku sekarang full tank sudah mencecah RM100 dan untuk long disance 20sen every KM....
Dan mulai hari ini kena fikirkan cara untuk menjimatkan duit cthnya tak gi jenjalan tanpa ada pape tujuan.. dan yang pasti kereta wiraku sekarang full tank sudah mencecah RM100 dan untuk long disance 20sen every KM.... 
No comments:
Post a Comment