Aku terfikir nak buat entry ni atas permintaan Lina untuk mendapatkan copy gambar2 masa kita orang bercuti sesama.. Walaupun dah 6 dan 7 tahun berlalu tapi masih segar kat ingatan.. Tak dinafikan bercuti bersama rakan memang saat yang menyeronokkan ... dan andai masa dapat diulang sudah pasti aku tak akan melepaskan peluang sebegini lagi....
Walaupun bukan percutian tapi sebenarnya menghadiri kenduri kahwin Kakak Lina di Mersing tapi bila dikenang kembali boleh la aku kira sebagai bercuti sesama kawan... Masa ni masih lagi bergelar student tapi aku tak ingat tahun berapa .... Kami pergi ramai2 naik bas dan memang seronok sangat... Ada citer klakar masa dalam Bas... Cermin mata Muna tanggal masa dalam perjalanan ke Mersing .. puas kami cari tapi tak jumpa .. tapi yang bestnya kami balik ke KL naik bas yang sama dan jumpa cerminnya..
Dalam Bas on the way ke Mersing .. bertolak malam dari Pudu

Dalam Bas on the way ke Mersing .. bertolak malam dari Pudu

Kat rumah Lina ....




Nak balik dari Mersing.. Kat Stesen Bas!!!
Percutian kedua... kami ke Langkawi pada tahun 2001. Kami bertolak dengan Bas dari Pudu pada malam harinya dan paginya kami dah berada di Jeti Kuala PerlisMenaiki Feri dari Kuala Perlis kami dibenarkan berlegar-legar di luar Feri .. Beginila muka masing2 yang pastinya belum mandi lagi!!!!

Pramugari Feri
Maklumlah baru 1st time naik Feri
Di Langkawi kami menginap di rumah seorang teman berhampiran pantai Cenang .. Kiranya diala pemandu pelancong kitaorang masa tu ... dan bermulala sessi lawat melawat
Bergambar bersama dengan Za dan kakaknya aka pemandu pelancong kitaorang
Bersantai di Pantai lak!!
Dan masa berangkat pulang telah tiba. Kami menaiki Feri dari Langkawi ke Kuala Kedah untuk ke rumah Rosma
Rombongan Che Kiah tiba di Jeti Kuala Kedah
Sessi Lawat melawat Kedah pula bermula



Percutian Ketiga pula pada tahun 2002 iaitu ke Pulau Pangkor... dan masa ni kami sudah kehilangan seorang ahli yang dah dinaikkan pangkat ke isteri orang... maka untuk memenuhkan rombongan che kiah kali ni kami menambah seorang ahli baru .. Adik Muna..Kami bertolak dengan kheta dari KL dan seingat aku tengahhari dah sampai sana ...
Inilah kereta yang membawa kami ke Sana .. Ownernya Fiza!!











1 comment:
comel loteh nye masa tu......
Post a Comment