Antara wajah-wajah aku .....
Gambar ni diambil masa tahun 1985, aku darjah satu masa ni.. Ni kat Pantai Dungun .. Yang aku ingat bapak aku yang bawak.. tapi aku takde gambar adik beradik yang lain masa ni. Masa kecil aku biasanya aku pakai skirt camni.. rasanya aku tak de seluar panjang sebab tiap kali keluar pakai skirt
Gambar ni diambil masa tahun 1985, aku darjah satu masa ni.. Ni kat Pantai Dungun .. Yang aku ingat bapak aku yang bawak.. tapi aku takde gambar adik beradik yang lain masa ni. Masa kecil aku biasanya aku pakai skirt camni.. rasanya aku tak de seluar panjang sebab tiap kali keluar pakai skirt

Ni Gambar tahun 1990 masa aku darjah 6. Ni kat Taman TAsik Bukit besi.. Masa ni aku pergi dengan family Pakcik aku.

Masa ni pulak tahun 1991 @ Tingkatan 1, bergambat kat Pantai teluk Lipat. Masa ni aku dah tinggal kat Hostel di Dungun

Ni pulak masa acara hari sukan tahun 1992 kat SMTIZ. Aku rumah Aminudin Baki dan baju rumah aku warna kuning. Oleh sebab baju tu tak cantik aku pakaila kemeja cover kat luar.. aku tak terlibat langsung dengan sukan.. ni pun aktiviti wajib merentas desa.. nak tak nak ikut je la.. selalunya aku memang tertinggal berbanding kawan-kawan yang lain..

Ni pulak tahun 1993@ tingkatan 3. Oleh sebab aku kelas arab jadi aku memakai tudung labuh. Kalu tak silap hari yang aku ambil gambar ni samaada Jumaat atau Sabtu sebab hari2 yang lain kitaorang wajib berkain dan bertudung hitam. Gambar ni diambil didepan Pejabat hal ehwal pelajar kat sekolah

Gambar tahun 1994, first time berambut pendek.. Masa ni aku kat Sek Men Vokasional Kuala Terengganu. Kat Asrama ni aku agak brutal sikit.. walaupun masa tu berbadan kecil tapi aku ramai ahli..

Masa ni tahun 1995.. Aku mengikuti pertandingan persahabatan bagi sukan Bola tampar dan bola Jaring di Kelantan. Kat kolej diadakan pertandingan bola tampar dan bola Jaring dan mana2 team yang menang akan mengikuti rombangan ni.. Aku dalam pasukan bola tampar (memang confident menang sebabnyanya kesemua barisan utama pasukan bola tampar sekolah adalah ahli dorm aku... dan aku ni reserve je....) untuk bola jaring pun dimenangi oleh bilik aku T101... dan kebetulan yang bermain bola tampar ada jugak bermain bola Jaring dan banyak tempat kosong maka satu bilik dapat ikut rombangan ni... Bukan perempuan jer yang pergi team lelaki pun pergi... Best giler masa ni sebab cikgu suruh pelajar pompuan naik dulu dan penuhkan seat belakang dan lelaki kat depan... maka tanpa segan silunya kitaorang buat kecoh dalam bas... Kalu tak silap pasukan bola tampar perempuan menang, bola jaring tak pasti .. dah lama lupa lak. Gambar ni diambil kat taman buaya Kelantan
Gambar ni pulak masa 1st year kat UTM (1996) .... Masa ni lawatan UTM ke pusat Sains Negara...








No comments:
Post a Comment