Target

Sunday, February 03, 2008

Terengganu

Apabila membuka Utusan Malaysia hari ni terbit lak rasa bangga kat diri aku ni... Taman Tamadun Islam yang dijadikan mercu tanda baru Negara terletak di Negeri kelahiran aku, Terengganu. Yang menariknya ianya terletak si Pulau yang menempatkan 21 replika monumen terkenal si seluruh dunia seperti Taj Mahal (India), Al-Hambra (Sepanyol), Menara Kaylan (Uzbekistan), Kudus Minar (Indonesia), Masjid Samarra (Iraq), Kompleks Suleyman (Turki), Sheikh Lutfallah (Iran), Masjid Xian (China), Kul Sharif (Rusia) dan Qairawan (Tunisia). Walaupun aku belum menjejakkan kaki di pulau ini namun yang pasti aku akan kesini... Dan yang membuat aku betul2 teruja untuk kesini sudah pastilah ingin melihat sendiri bagaimana menariknya rekabentuk Masjid kristal yang dibina disini..
Apabila membuka laman sesawang tourism malaysia terdapat banyak lagi tempat menarik yang aku sendiri belum menjejakkan kaki disini.. Antara tempat menarik yang disenaraikan.
1. Muzium terbesar di Malaysia - Muzium Terengganu.
- Aku dah 2 kali kesini ... aku cukup suka dengan pemandangan persekitaran.. Namun tasik berhampiran agak terbiar ( ketika aku kesana dalam tahun 2003).
2. Pembuatan bot tradisional -- Dengan jujurnya aku belum pernah kesini walaupun aku bersekolah tidak jauh dari Pulau Duyung
3. Pulau2 di Terengganu - Pelik kan orang lain berlumba2 ke pulau disini tapi aku belum pernah menjejakkan kaki ke mana2 pulau. Antara pulau2 yang popular disini ialah Pulau Rhu Hentian, Pulau Perhentian, Pulau Kapas dan Pulau Redang.
4. Perusahaan textiles .. antaranya Songket, Batik dan Sutera.. dan aku tidak memiliki walau sehelai sutera..
5. Pokok cengal tertua di dunia .. aku baru tau yang ianya berada di sini .. teruk tu aku!!!
6. Pantai2 yang menarik dan antara yang aku pernah kunjungi Pantai Batu Buruk, Pantai Merang, Pantai Rantau Abang, Pantai Teluk Bidara, Pantai Batu Rakit, Pantai Chendering, Pantai Kijal dan Pantai Kemasik... Banyak jugak aku pergi .. dan banyak antaranya aku kunjungi pada zaman persekolahan aku.
7. Tasik Kenyir... pun aku belum sampai kesini

8. Air terjun tertinggi di Malaysia .. Air terjun Chemerung. percaya atau tidak untuk ke sini kena melalui rumah aku kerana rumah aku terletak di persimpangan antara jalan utama dan jalan untuk kesini .. Aku pernah melihat dari jauh tapi belum berkesempatan kesini.
Lain2 tempat yang aku pernah lawati...


1. Masjid terapung .. Masjid Tengku Tengah Zaharah .. terletak di tepi laut iaitu di Teluk Ibai..

Bukit puteri

Istana Maziah
2. Bukit Puteri .. Berdekatan dengan Istana Maziah dan Pasar Payang


3. Lata Tembakah - tempat air terjun dan berada kaki Gunung Tebu.


4. La Hot Spring -Tidak jauh dengan lata tembakah.. yang pasti aku ke sini bukan disebabkan air panas semulajadi yang keluar dari celah2 batu tapi aku ke sungai berdekatan dimana airnya tersangat sejuk dan sungainya yang jernih.

5. Airterjun Sekayu -aku cuma ke sana sekali sahaja ...

Makanan tradisional yang enak


1. Keropok Lekor ... Memang tak dinafikan keropok Losong paling sedap.. walaupun di Kemamn pun popular dengan keropok tapi rasanya sedikit kurang berbanding keropok losong .. dan yang aku paling gemari keropok lekor yang direbus.

2. Otak-Otak.. berbeza dengan otak2 johor.. isinya adalah ikan yang disalut dengan sambal dan diletakkan dalam daun kelapa.. yang paling sedap otak-otak kemaman dan tiap kali aku balik Terengganu dan balik melalui jalan pantai sudah pasti aku singgah ke sini


3. Sata ...isinya juga ikan tapi sudah dikisar bersama kelapa dan tepung.. Rasanya juga enak tapi aku lebih suka otak-otak



4. Bubur Lambuk .. Yang pasti bubur lambuknya amat berbeza dengan bubur lambuk kg baru.. Bubur lambuk kg baru macam bubur nasi yang dicampur dengan kuah sup berserta danging dan ayam.. berbeza dengan bubur lambuk Terengganu yang mana berasnya teramat sedikit diletakkan dan dimasak sehingga hancur.. di campur dengan pelbagai pucuk kayu dan pakis merah.



5. Nasi Dagang ... yang pasti aku amat gemarkan nasi dagang namun yang pasti dekat Kl ni susah nak dapatkan nasi dagang yang memenuhi selera aku.


6. Pulut Panggang.. Intinya sambal ikan yang sangat sedap berbanding di tempat lain intinya juga sambal ikan tapi kelapa yang lebih .. tak sedap!!

1 comment:

Norziha said...

NI KENA PI JLN2 MAKAN ANGIN